Tuesday, April 15, 2008

Allah...Allah...Allah...Allah Maha Besar...

penat xm xabes lagi..baru nak tarik nafas lega dpt bersantai ngan b & adib seminggu...tetiba family-in-law ditimpa musibah yang sangat besar....sesungguhnya Allah itu lebih tahu yang terbaik buat hambaNya...adik bongsu kami yang dipinjamkan kepada kami selama 19 tahun telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada 8 April 2008.

Genap 8 hari kat ICU Neuro HDU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru...Allahyarhamah Shafika binti Hj Masngut menghembuskan nafas yang terakhir...meninggalkan kenangan dan kasihnya untuk kami...kami masih sekeluarga tetapi kini berlainan alam...

Walaupun sejujurnya...perasaan aku xlah seteruk lapan tahun lepas...waktu aku 'kehilangan' abg aku dalam situasi yg hampir serupa, tp sedih tu tetap ader..sbb aku tau macamana rasa kehilangan..aku tau perasaan mak mertua aku...aku faham perasaan shah n yang lain2.....kosong...kelam...terkilan...kesal...semuanya bersatu sampai kita akan cuba menafikan yg kita xberpeluang untuk berjumpa lagi ngan org yang kita sayang tu buat selamanya...

aku ader kt JB masa adik aku meninggal..pastu aku balik ...dlm perjalananan balik aku xingat sgt2 pasal benda ni...tapi bila aku sampai kat umah...aku nampak sedara mara aku tunggu...berkopiah putih...muka sedih....aku nangis semahu hati aku...Allah..Allah...Allah...kenapalah aku kena lalui sekali lagi situasi macam ni? kenapalah aku kena lalui berkali-kali dalam idup aku? sampailah aku tersedar bila aku dengar ibu menangis teresak2 kat belakang aku masa baca yassin...kalau aku sedih sebagai kakak..apatah lagi ibu yang dh kehilangan 5 0rg anak...apatah lagi mak mertua aku yang dh hilang 2 anak....

aku yakin...Allah yang mengatur semua ni..Allah lebih tahu yg terbaik buat hambaNya....aku doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah adik...moga arwah adik bersemadi ngan aman kat alam baqa'

~AL-FATIHAH~

Thursday, March 13, 2008

erkkkkkk...tercekik...

aku tak pernah rasa study teruk camnih...bkn sebab aku memain...tp masa mmg pack...wei 24 hb mac..bersamaan kurang lebih 10-11 hari dr skang aku dh nk PEKSA...TAPIIII......
  • assy ada 2 lagik xsiap
  • silibus byk lagi xabis
  • ko-k ada dua group lagi xabis
  • aku x stady satu habuk pun lagi...
  • ari2 aku penat sbb terkejar sana sini...

so dipendekkan citer....LIFE MUST GO ON....xkiralah pa terjadi pun

tp aku mmg rasa TERUK sgt skang ni...ni REKOD TERBURUK aku spjg aku stady aku rasa...

sit for exam without study leave

sit for exam without preparation

so apa lagi yg aku leh wat????

TAWAKKAL

jelah jawabnya

Monday, March 10, 2008

HAPPY 2ND ANIVERSARY TO KIE & SHAH (11 MAC 2008)

Dah 2 tahun secara rasminya dan halalnya kami menjadi suami isteri...rasanya cam baru lagik menguruskan soal perkahwinan yg begitu byk menuntut kesabaran, menguji kecekalan sehinggakan ada hati yang tercalar, ada air mata yang menitis...

Alhamdullillah..sepanjang 2 tahun perkahwinan kami, lebih banyak warna2 keceriaan berbanding kesuraman yang melingkari kehidupan kami...Shahrizan yang begitu zakiah senangi sebelum berkahwin...itulah juga shahrizan yang zakiah temui sesudah berkahwin...bahkan selepas berkahwin...shahrizan menjadi seorang yang begitu bertanggungjawab dan sarat dengan kasih sayang terhadap zakiah dan buah cinta kami...Muhammad Adib Shafy.

'Perkahwinan Jarak Jauh' yang kami lalui sekarang ini lebih mematangkan kami untuk menghadapi segala rintangan dan dugaan...kami mula sedar, kami memang ditakdirkan untuk saling lengkap melengkapi, kami semakin matang menilai gerak geri kami sendiri...kami semakin menghargai kewujudan masing-masing.

2 tahun ini memang memberi kami kebahagian yang tidak ternilai harganya...walaupun mungkin kami tidak 'kaya' wang ringgit...tapi kami 'kaya' dengan kasih sayang...kami terasa 'senang dan nyaman' untuk saling bercerita hal-hal seharian, kami selalu teruja merencanakan masa depan kami sekeluarga...kami ikhlas memuhasabah diri kami setiap kali kami ditimpa kesusahan.

Untuk suami saya yang sgt2 memberi makna dalam kehidupan saya
terima kasih kerana selama bertahun2 ini awak menjadi telinga standard steel saya
yang tak pernah jemu mendengar keluh kesah hati saya
yang tak pernah jemu meniupkan semangat bila saya kecewa
yang tak pernah jemu cuba membahagiakan saya

Untuk suami yang sangat saya sayangi
saya cumalah perempuan biasa
yang awak kasihi dan percayai
saya tak pasti sampai bila saya mampu membahagiakan awak
tapi selagi diberi keizinanNya..selagi hayat saya dikandung badan...
selagi itulah syurga saya masih dibawah telapak kaki awak...
selagi itulah saya ingin menjadi isteri yang paling awak senangi
selagi itulah saya ingin menjadi ibu kepada anak-anak kita...

terima kasih awak....
kerana menjadikan rumahtangga kita..antara perkara terindah dalam hidup saya

Monday, February 25, 2008

Hati yang berbunga-bunga

baru jek balik semerah...jumpa b & adib, berbunga-bunga hati aku nih....melalui pengalaman yg sgt meng'uja' dengan Muhammad Adib Shafy..nama yg ringkas...yg aku dan b pilih untuk dia..wp ringkas membawa makna yg baik...ADIB dr perkataan MUADIB bermaksud 'berpengetahuan' semoga dia akan jd anak yg berpengetahuan..bkn je dr segi kognitifnya...tp juga seimbang dr segi rohani, jasmani dan juga emosi, SHAFY lak bermaksud yang suci..mulia...moga Shafy akan jd hamba yg mulia.... dan memuliakan org lain..

tiap kali balik...nampak anak semakin sihat dan cerdas...itulah kebahagian yg xboleh kita jual beli..rasa xpercaya dh jadi 'mak' orang...rasa hebat sbb ada anak secerdas dia..rasa teruja nak tgk apa lagi yg boleh dia buat esok hari...rasa betul2 hebat...dpt result spm pun xrasa sehebat nih...

wp byk yg terpaksa kita korbankan sebelum dan sesudah ada dia...mcm aku sndiri...mabuk mcm xingat dunia....sejak ade adib dh xpernah tgk wayang...korbankan masa yg paling best di sepertiga mlm utk bangun tukarkan diaper dia ..terjirus air panas sbb mamai buatkn dia susu...tak tidur mlm bila dia kena selsema...tp sume pengorbanan tuh jadi berbaloi, sgt2 berbaloi bila dia pandai azan, dia pandai tongek2 bila jumpa sejadah, dia pandai mengomel bila jumpa buku, dia pandai sepahkan nasi bila mkn time, pandai menyanyi twinkle-twinkle little star ngan old mcdonald( wp dia buat ikut versi dan style dia, tp tetap sweeetttt), bila dia pandai nk tolak troli kat carefuor...

Segala-galanya pasal ADIB mmg sgt meng'uja'kan....xleh nak diluahkan dengan perkataan...bahagia yg meresap kt seluruh jiwa ni xleh nak digambarkn dengan kata-kata...barulah aku faham skarang...kenapa syurga tu terletak kat bawah telapak kaki ibu...kenapa kiat mesti kasih dan syangkan mak bapak kita, kenapa kalau naik bas kena bgi kt perempuan mengandung tempat duduk...kenapa org kata bersalin tu perjuangan antara hidup dan mati dan kenapa kalau kita mati bersalin dianggap mati syahid....I wonder why......