Monday, March 10, 2008

HAPPY 2ND ANIVERSARY TO KIE & SHAH (11 MAC 2008)

Dah 2 tahun secara rasminya dan halalnya kami menjadi suami isteri...rasanya cam baru lagik menguruskan soal perkahwinan yg begitu byk menuntut kesabaran, menguji kecekalan sehinggakan ada hati yang tercalar, ada air mata yang menitis...

Alhamdullillah..sepanjang 2 tahun perkahwinan kami, lebih banyak warna2 keceriaan berbanding kesuraman yang melingkari kehidupan kami...Shahrizan yang begitu zakiah senangi sebelum berkahwin...itulah juga shahrizan yang zakiah temui sesudah berkahwin...bahkan selepas berkahwin...shahrizan menjadi seorang yang begitu bertanggungjawab dan sarat dengan kasih sayang terhadap zakiah dan buah cinta kami...Muhammad Adib Shafy.

'Perkahwinan Jarak Jauh' yang kami lalui sekarang ini lebih mematangkan kami untuk menghadapi segala rintangan dan dugaan...kami mula sedar, kami memang ditakdirkan untuk saling lengkap melengkapi, kami semakin matang menilai gerak geri kami sendiri...kami semakin menghargai kewujudan masing-masing.

2 tahun ini memang memberi kami kebahagian yang tidak ternilai harganya...walaupun mungkin kami tidak 'kaya' wang ringgit...tapi kami 'kaya' dengan kasih sayang...kami terasa 'senang dan nyaman' untuk saling bercerita hal-hal seharian, kami selalu teruja merencanakan masa depan kami sekeluarga...kami ikhlas memuhasabah diri kami setiap kali kami ditimpa kesusahan.

Untuk suami saya yang sgt2 memberi makna dalam kehidupan saya
terima kasih kerana selama bertahun2 ini awak menjadi telinga standard steel saya
yang tak pernah jemu mendengar keluh kesah hati saya
yang tak pernah jemu meniupkan semangat bila saya kecewa
yang tak pernah jemu cuba membahagiakan saya

Untuk suami yang sangat saya sayangi
saya cumalah perempuan biasa
yang awak kasihi dan percayai
saya tak pasti sampai bila saya mampu membahagiakan awak
tapi selagi diberi keizinanNya..selagi hayat saya dikandung badan...
selagi itulah syurga saya masih dibawah telapak kaki awak...
selagi itulah saya ingin menjadi isteri yang paling awak senangi
selagi itulah saya ingin menjadi ibu kepada anak-anak kita...

terima kasih awak....
kerana menjadikan rumahtangga kita..antara perkara terindah dalam hidup saya

No comments: